Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Anime Official Trailer

Trailer Baru “Pretty Guardian Sailor Moon Eternal The Movie” Menjelang Tayangannya Di Netflix Jun Ini

Netflix telah melancarkan trailer terbaru Pretty Guardian Sailor Moon Eternal The Movie, yang memberikan lebih banyak rakaman terbaru menjelangan tayangannya di Netflix pada 3 Jun ini. Anda boleh tonton trailer tersebut dipemain video dibawah. 

Filem ini akan tersedia di seluruh dunia di luar Jepun dan merupakan ansuran terbaru dari siri gadis ajaib yang diminati raami, serta menjadi rancangan televisyen hit pada tahun 90-an setelah mendapat kejayaan di majalah manga Kodansha “Nakayosi.”

Kedua-dua Bahagian 1 dan Bahagian 2 Pretty Guardian Sailor Moon Eternal The Movie berdasarkan pada adegan “Dream Arc” dalam manga asli. Cerita ini berkisar pada perkembangan Sailor Guardians ketika mereka mula menjadi dewasa seperti gadis remaja dan Sailor Guardians. Menurut Netflix, filem ini juga akan menampilkan “cinta pertama Chibi-Usa dan Helios.”

Apabila kuasa gelap menyelubungi bumi, dan rombongan sarkas gelap muncul setelah gerhana matahari penuh, Sailor Guardians yang berpecah mesti bersatu kembali untuk membawa cahaya kembali ke dunia.

Pretty Guardian Sailor Moon dicipta oleh Naoko Takeuchi, filem Eternal ini diarahkan oleh Chiaki Kon (The Way of the Househusband, Nodame Cantabile: Paris Edition & Finale), dengan muzik oleh Yasuharu Takanashi (Pretty Guardian Sailor Moon Crystal, Pretty Guardian Sailor Moon Crystal Season III), manakala Kazuko Tadano (Pretty Guardian Sailor Moon, Yu-Gi -Oh! Sevens) bertanggungjawab untuk reka bentuk watak dan TOEI Animation / Studio DEEN sebagai produksi animasi.

Related posts

Netflix Lancar Teaser Rasmi Siri Sekuel “Vikings: Valhalla”

Kakimuvee

‘Dendam Telah Tiba’ Dalam TV Spot Terbaru “The Batman”

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Debut Treler Baharu Untuk Siri Marvel Studios “Moon Knight”

Kakimuvee

Netflix Umum Tajuk Adaptasi Korea Money Heist, Tonton Teaser Pertama Disini

Kakimuvee

[VIDEO] Teaser “Moon Knight” Papar Pandangan Terbaru Oscar Isaac

Kakimuvee

Sekolah Diserang Zombi Dalam Trailer Rasmi All of Us Are Dead”

Kakimuvee

Leave a Comment