Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

Trailer Army of Thieves Papar Kisah Silam Ludwig Dieter Yang Penuh Aksi

Trailer Army of Thieves, prekuel kepada Army of the Dead, telah dilancarkan semasa pembentangan Tudum Netflix. Filem akan datang menyaksikan Matthias Schweighöfer sekali lagi akan memainkan peranan sebagai pengumpil peti keselamatan, Ludwig Dieter. Filem ini akan dilancarkan pada 29 Oktober 2021, hanya di Netflix.

Anda boleh tonton trailer Army of Thieves dibawah.   


Sebelum bertugas sebagai tukang kunci utama dalam filem rompakan/zombie, Ludwig Dieter (Matthias Schweighöfer) hanyalah seorang juruwang di sebuah bandar kecil yang menjalani kehidupan biasa. Dalam prequel Army of Thieves, yang akan segera hadir di Netflix, kehidupan Dieter akan berubah apabila dia direkrut oleh seorang wanita misteri untuk merompak di samping krewnya yang memiliki pelbagai kebolehan. 

Army of Thieves diarahkan oleh Matthias Schweighöfer berdasarkan cerita oleh Zack Snyder & Shay Hatten, dari lakonlayar yang ditulis Shay Hatten. Zack Snyder akan menjadi penerbit bersama-sama Deborah Snyder, Wesley Coller Dan Maag dan Matthias Schweighöfer.

Matthias Schweighöfer kembali memainkan peranan sebagai Ludwig Dieter disamping Nathalie Emmanuel, Ruby O. Fee, Stuart Martin, Guz Khan, dan Jonathan Cohen.

Strim Army of the Dead (2021)

Related posts

Aquaman and the Lost Kingdom: Amber Heard Dilepaskan Dari Kontrak, Tidak Pasti Berapa Banyak Babaknya Dipotong

Kakimuvee

Projek Captain Carter Dikhabarkan Sedang Dalam Pembangunan

Kakimuvee

Marvel Studios Lancar Trailer & Poster “She-Hulk: Attorney at Law” Untuk Siri Disney+ Hotstar Yang Akan Datang

Kakimuvee

Trailer “Mat Kilau” Papar Perjuangan Anak Bangsa Melawan Penjajah

Kakimuvee

Gambar Terbaru “Ms. Marvel” Goda Kuasa Yang Dimiliki Kamala

Kakimuvee

Barisan Penulis “Doctor Strange 2” Pernah Bincangkan ‘Cameo’ Deadpool

Kakimuvee

Leave a Comment