Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Trailer “Army of the Dead” Papar Aksi Rompakan Yang Berbeza

Netflix telah melancarkan trailer pertama Army of the Dead, sebuah filem aksi rompakan arahan Zack Snyder yang memaparkan misi rompakan di Las Vegas ketika dunia dilanda wabak zombi. Anda boleh tonton trailer tersebut di pemain video dibawah.

Army of the Dead akan menceritakan sekumpulan tentera upahan yang memperjudikan nyawa mereka untuk menceroboh masuk ke zon yang dikuarantin disebabkan wabak zombi demi menjalankan misi rompakan yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pihak.

Barisan pelakon terdiri daripada Dave Bautista (Stuber), Hiroyuki Sanada (Avengers: Endgame), Omari Hardwick (Power), Chris D’Elia (Undateable), Garret Dillahunt (Deadwood), Raúl Castillo (Knives Out), Nora Arnezeder (Safe House), Matthias Schweighöfer (Valkyrie), Samantha Win (Wonder Woman) dan Rich Cetrone (Batman v Superman: Dawn of Justice).

Snyder telah merancang filem ini sejak 2007 dan pada awalnya dibangunkan di Warner Bros. Bagaimanapun, projek tersebut beralih di Netflix dengan modal pembikinan yang agak besar iaitu sekitar $70 juta hingga $90 juta dolar

Army of the Dead akan ditayangkan secara eksklusif di Netflix pada 21 Mei ini.

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Ji Jin Hee Mencari Kebenaran di Sebalik Penculikan Anak Lelakinya Dalam Teaser “The Tragedy Of One”

Kakimuvee

Segalanya Akan Terjawab Dalam FEAR STREET PART 3: 1666

Kakimuvee

Leave a Comment