Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

Trailer Antarbangsa Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore Tunjuk Banyak Rakaman Terbaru

Warner Bros. Pictures telah mendedahkan trailer antarabangsa filem fantasi yang akan datang, Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore, menampilkan rakaman terbaru yang menunjukkan bala tentera Dumbledore menentang Grindelwald. Filem ini dijadualkan tayangan di pawagam pada 14 April 2022

Trailer dibawah menyerlahkan urutan aksi pertempuran magik di Kerajaan Bhutan, yang menurut Albus Dumbledore, adalah tempat yang mempunyai kaitan sejarah dengan sihir. Ia juga memaparkan pandangan lebih dekat pada salah satu makhluk terbaharu Newt, yang membantunya melarikan diri daripada bahaya.


“Professor Albus Dumbledore tahu ahli sihir gelap yang berkuasa, Gellert Grindelwald sedang menggerakkan pengikutnya untuk menguasai dunia sihir,” menurut sinopsis rasmi.

“Tidak dapat menghalangnya seorang diri, dia percaya pada ahli Magizoologi, Newt Scamander, untuk mengetuai pasukan ahli sihir, dan seorang tukang roti Muggle yang berani dalam misi berbahaya, di mana mereka bertemu dengan binatang lama dan baharu serta bertembung dengan pengikut Grindelwald yang semakin meningkat. Tetapi dengan pertaruhan yang begitu tinggi, berapa lama Dumbledore boleh kekal di luar?”

Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore menyaksikan pemenang Oscar Eddie Redmayne kembali sebagai Newt Scamander, bersama-sama Katherine Waterston sebagai Tina Goldstein, Dan Fogler sebagai Jacob Kowalski, Alison Sudol sebagai Queenie Goldstein, Ezra Miller sebagai Credence, Jude Law sebagai Albus Dumbledore, dan Jessica Williams sebagai Profesor Eulalie Hicks

Filem ini juga akan memperkenalkan Mads Mikkelsen (Another Round) sebagai Gellert Grindelwald baharu, watak jahat yang pertama kali dibawakan oleh Johnny Depp.

Pelakon tambahan termasuk: Victoria Yeates sebagai Bunty, William Nadylam sebagai Yusuf Kama, Richard Coyle sebagai Aberforth, Poppy Corby-Tuech sebagai Vinda, Aleksandr Kuznetsov sebagai Helmut, Oliver Masucci sebagai Anton Vogel, Maria Fernanda Cândido sebagai Vicência Santos dan Dave Wong sebagai Liu Tao.

Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore sekali diarahkan oleh David Yates berdasarkan lakonlayar yang ditulis oleh J.K. Rowling dan Steve Kloves. 

Related posts

Mengembara Ke 1,000 Dimensi Bersama Syafiq Kyle & Adriana Adnan Dalam Drama Percintaan Fantasi Terbaharu Viu Original

Kakimuvee

Trailer “The Winchesters” Beri Pandangan Pertama Prekuel “Supernatural”

Kakimuvee

Aquaman and the Lost Kingdom: Amber Heard Dilepaskan Dari Kontrak, Tidak Pasti Berapa Banyak Babaknya Dipotong

Kakimuvee

Projek Captain Carter Dikhabarkan Sedang Dalam Pembangunan

Kakimuvee

Marvel Studios Lancar Trailer & Poster “She-Hulk: Attorney at Law” Untuk Siri Disney+ Hotstar Yang Akan Datang

Kakimuvee

Trailer “Mat Kilau” Papar Perjuangan Anak Bangsa Melawan Penjajah

Kakimuvee

Leave a Comment