Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Trailer Antarabangsa Zombieland: Double Tap Menampilkan Beberapa Rakaman Baru


Sony Pictures telah melancarkan trailer antarabangsa terbaru filem seram komedi, Zombieland: Double Tap yang turut memaparkan beberapa rakaman terbaru. Anda boleh tonton trailer tersebut dipemain video dibawah.

Zombieland: Double Tap! menyaksikan pengarah filem pertama Ruben Fleischer kembali mengarahkan sekuel kali ini, begitu juga dengan penulis skrip Rhett Reese dan Paul Wernick. Selain itu juga, pelakon asal iaitu Woody Harrelson, Jesse Eisenberg, Emma Stone dan Abigail Breslin akan kembali membawakan watak masing-masing.

Sekuel kali ini menyaksikan Columbus, Tallahasse, Wichita dan Little Rock bergerak ke lokasi-lokasi penting di Amerika dan terpaksa menentang zombi yang semakin berkembang. Dalam masa yang sama mereka perlu berhadapan dengan kerenah masing-masing.

Turut membintangi filem ini adalah Bill Murray yang akan membawakan wataknya dari filem pertama, Zoey Deutch, Avan Jogia, Rosario Dawson, Thomas Middleditch, Luke Wilson dan Dan Aykroyd.

Filem Zombieland pertama yang diterbitkan pada tahun 2009 menjadi popular dikalangan peminat-peminat filem zombi dan telah berjaya meraih lebih $100 juta dolar.


Zombieland: Double Tap akan menemui penonton di Malaysia pada 31 Oktober ini.


Related posts

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee

THE EXORCIST: BELIEVER Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 5 Oktober Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Squid Game: The Challenge Akan Tiba Di Netflix Pada 22 November Ini

Kakimuvee