Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Trailer Antarabangsa Trolls World Tour Paparkan Beberapa Rakaman Terbaru

Universal Pictures dan DreamWorks Animation telah melancarkan trailer antarabangsa filem animasi muzikal Trolls World Tour, sekuel kepada filem Troll yang hit pada tahun 2016. Anda boleh saksikan trailer terbaru ini dipemain video dibawah.

Sekuel kali ini menyaksikan Queen Poppy dan Branch menemui sesuatu yang mengejutkan – satu lagi dunia Troll yang terasing dan dipisahkan berdasarkan genre musik mereka.

Apabila ancaman misteri melanda tempat tinggal mereka, Poppy, Branch dan rakan-rakannya memulakan penggembaran epik di kawasan yang mereka tidak kenali, serta melakukan satu pekara yang cukup mustahil – menyatukan Trolls antara satu sama lain.

Kelly Clarkson akan memainkan peranan sebagai Delta Dawn, dan menyertai pelakon asal iaitu Ann Kendrick sebagai Poppy dan Justin Timberlake sebagai Branch. Turut bersama dalam filem ini adalah James Corden sebagai Biggie, Caroline Hjelt sebagai Chenille, Aino Jawo sebagai Satin, Ron Funches sebagai Cooper, Kunal Nayyar sebagai Guy Diamond serta beberapa pelakon baru yang lain seperti Jamie Dornan, Anthony Ramos, Karan Soni dan Flula Borg

Trolls World Tour diarahkan Walt Dohrn dan akan ditayangkan pada 17 April 2020.

Related posts

Sony Lancar Trailer Pertama “Ghostbusters: Afterlife”

Kakimuvee

Teaser HOMETOWN CHA-CHA-CHA Goda Hubungan Romantik Mengasyikkan Dengan Pemandangan Tepi Pantai Yang Cantik

Zulaikha

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Leave a Comment