
Filem terbaru Sony Pictures, Monster Hunter akan dilancarkan pada 25 Disember ini, dan bakal ditayangkan dalam masa terdekat di pasaran China.
Bagi merancakkan promosi, Sony telah mengeluarkan dua trailer antarabangsa pada minggu ini, menampilkan pandangan pertama Ron Perlman sebagai Admiral serta Palico. Anda boleh saksikan trailer dipemain video dibawah.
Monster Hunter diinspirasikan dari permainan video popular keluaran Capcom, dan plot filem berbeza dari versi permainan video. Dalam filem tersebut, Artemis dan pasukan tentera elitnya dibawa ke kawasan yang penuh dengan rasaksa merbahaya. Dia dan unitnya akan bekerjasama dengan pemburu misteri dimana mereka semua cuba untuk menewaskan kesemua raksasa dan keluar dari kawasan tersebut.
Milla Jovovich akan memainkan peranan sebagai Captain Natalie Artemis dan akan mengunakan Great Sword ‘The Giant Jawblade’ manakala Tony Jaa sebagai The Hunter yang mengunakan busur Great Hunter.
Filem ini diarahkan oleh Paul W.S. Anderson (Mortal Kombat, Resident Evil, Event Horizon). Anderson turut bertindak selaku penerbit bersama-sama Robert Kulzer, Martin Moszkowicz, Jeremy Bolt, dan Dennis Berard.