Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Trailer Antarabangsa Goosebumps 2 Telah Dilancarkan

Sony Pictures telah melancarkan trailer antarabangsa terbaru filem Goosebumps 2: Haunted Halloween. Anda boleh tonton trailer tersebut dipemain video dibawah.

Filem seram komedi ini merupakan sekuel kepada filem pertama berjudul Goosebumps yang diterbitkan pada tahun 2015. Ia merupakan adaptasi dari siri buku kanak-kanak berjudul sama karya R.L. Stine.

Goosebumps 2: Haunted Halloween diarahkan oleh Ari Sandel dan ditulis oleh Rob Lieber. Jack Black kembali membawakan watanya dalam filem sebelumya bersama-sama pelakon Jeremy Ray Taylor, Madison Iseman, Caleel Harris, dan Ken Jeong.

Bertempat disebuah bandar kecil yang terletak di Wardenclyffe, kita malam Halloween, dua kanak-kanak yang bernama Sonny (Lakonan Jeremy Ray Taylor) dan Sam (Lakonan Caleel Harris) telah menemui sekeping manuskrip yang tertulis “Haunted Halloween” dalam semua rumah kosong yang sebelum ini diduduki oleh R.L. Stine. Apabila mereka membukanya, mereka secara tidak sengaja membebaskan Slappy (disuarakan oleh Jack Black) yang merancang untuk melakukan malapetaka Halloween bersama-sama sekutu raksasanya. Sonny dan Sam bersama kakak Sonny iaitu Sarah perlu bekerjasama menghentikan rancangan jahat Slappy.

Goosebumps 2: Haunted Halloween dijangka akan menemui penonton tempatan pada 12 Oktober ini.A

Related posts

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer Black Adam Pamer Dwayne Johnson Sebagai Anti-Hero Utama

Kakimuvee

DC FanDome: Lebih Dari Satu Flash Serta Supergirl & Batman, Antara Yang Digoda Dalam Trailer Pertama The Flash

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer The Batman Papar Sisi Gelap Robert Pattinson Sebagai Bruce Wayne

Kakimuvee

Leave a Comment