Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Berikan Lebih Banyak Rakaman Terbaru


Sony Pictures telah melancarkan trailer filem Ghostbuster: After Life yang memberikan lebih banyak rakaman terbaru kepada para penonton. Anda boleh saksikan trailer tersebut dipemain video dibawah.

Ghostbusters: Afterlife dibintangi pelakon kanak-kanak Mckenna Grace, Carrie Coon, Finn Wolfhard dan Paul Rudd yang akan memainkan peranan sebagai seorang guru. Para pelakon asal Ghostbuster turut kembali membintangi filem ini dengan membawakan watak masing-masing. Mereka terdiri daripada Bill Murray Sigourney Weaver, Annie Potts, Dan Akyroyd dan Ernie Hudson.

Plot rasmi masih belum didedahkan, tetapi dikhabarkan, penceritaannya akan tertumpu kepada seorang ibu tunggal dan keluarganya dimana Coon akan memainkan peranan sebagai seorang ibu kepada karakter lakonan Mckenna Grace dan Finn Wolfhard.

Jason Reitman bertindak selaku pengarah, menggantikan tempat ayahnya Ivan Reitman yang merupakan pengarah untuk dua filem awal. Reitman juga turut menulis filem ini bersama-sama Gil Kenan.

Ghostbusters: Afterlife akan ditayangkan pada 10 Julai 2020.



Related posts

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Pandangan Pertama Vanessa Kirby Sebagai Josephine Dalam Poster Terbaru NAPOLEON

Kakimuvee

Brie Larson Akan Terajui Spin-Off ’21 Jump Street’

Kakimuvee

SPIDER-MAN: BEYOND THE SPIDER-VERSE: Penerbit Akui Mungkin Tangguhkan ‘Threequel’ Jika Terpaksa

Kakimuvee

SHAOLIN SOCCER: Stephen Chow Sedang Mencari Pelakon Wanita Cantik Untuk Ansuran Terbaru

Kakimuvee

Spider-Man: Across the Spider-Verse Telah Melepasi AS$500 Juta Seluruh Dunia

Kakimuvee