Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Sony Pictures telah melancarkan trailer antarabangsa filem sekuel arahan Jason Reitman, Ghostbusters: Afterlife, yang memberikan lebih banyak rakaman aksi terbaru. Filem ini dijadualkan tayangan di Malaysia pada 2 Disember 2021.

Trailer antarabangsa Ghostbusters: Afterlife memberikan gambaran baru kepada penonton mengenai babak kilas balik yang melibatkan misi rahsia Egon Spengler. Ia juga menyoroti hantu dan makhluk yang akan dilepaskan dari pintu gerbang kuno misteri yang terletak di bawah bandar. 

Dalam Ghostbusters: Afterlife, dengan harapan dapat memulakan kehidupan baru, seorang ibu tunggal dan dua anaknya tiba di sebuah bandar kecil untuk berpindah ke sebuah rumah ladang di Oklahoma yang telah mereka warisi dari datuk mereka. Namun, mereka akan segera mengetahui hubungan mereka dengan Ghostbusters yang asli dan warisan rahsia yang ditinggalkan oleh datuk mereka.

Filem ini dibintangi oleh Carrie Coon dan Mckenna Grace bersama dengan Finn Wolfhard, dan Paul Rudd. Ia juga akan menampilkan kepulangan bintang asal Ghostbusters seperti Bill Murray, Dan Aykroyd, Ernie Hudson, Sigourney Weaver, dan Annie Potts ketika mereka mengulangi peranan ikonik mereka sebagai Peter Venkman, Ray Stantz, Winston Zeddemore, Dana Barrett, dan Janine Melnitz.

Ghostbusters: Afterlife diarahkan oleh Jason Reitman (Juno, Young Adult, Tully) dari lakon layar yang ditulis olehnya bersama dengan Gil Kenan (Monster House, Poltergeist). Reitman mengambil alih francais ini dari ayahnya, Ivan Reitman yang telah mengendalikan dua filem pertama, dengan pengarah asalnya berfungsi sebagai penerbit.

Related posts

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Keanu Reeves Tidak Mahu Neo & John Wick Dijadikan Karakter Dalam Permainan Video Mortal Kombat

Kakimuvee

Leave a Comment