Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

Trailer Antarabangsa Dune Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru

Warner Bros. Pictures dan Legendary telah melancarkan trailer antarabangsa terbaru untuk filem yang telah lama dinantikan, Dune, memaparkan banyak rakaman baru yang menyoroti pertempuran untuk Arrakis.

Trailer antarabangsa Dune, memberikan pandangan terbaru Paul (lakonan Timothée Chalamet), yang dilihat mempunyai visi yang jelas mengenai kematiannya sambil merasa beban untuk meneruskan legasi House Atreides. Ia juga terus melancarkan pertempuran untuk Arrakis ketika House Atreides menghadapi perangkap Emperor, dan kemarahan House Harkonnen. Video ini juga memberi kita pratonton sumber paling berharga di planet ini yang disebut rempah-ratus yang merupakan ubat yang dapat memanjangkan umur manusia dan memungkinkan perjalanan selaju cahaya.

Berdasarkan sebuah novel Frank Herbert’s tahun 1965 yang membawa judul sama, ditetapkan jauh ke masa depan. Bangsawan Leto Atreides telah menerima hak kawasan bagi planet padang pasir merbahaya iaitu Arrakis yang juga dikenali sebagai Dune. Ia adalah satu-satunya sumber “the spice”, bahan paling berharga di alam semesta kerana ia meninggikan tahap pemikiran dan memanjangkan jangka hayat manusia.

Walaupun mendapat tahu bahawa ini merupakan satu perangkap oleh musuhnya, Harkonnens, Leto tetap membawa anaknya yang merangkap waris terakhirnya, Paul, Bene Gesserit, Lady Jessica dan para penasihat yang paling dipercayainya ke planet itu. Dia mengambil alih kuasa atas operasi perlombongan ubat itu walaupun terdedah pada ancaman cacing tanah gergasi. Apabila keluarga Atreides dikhianati, Paul mengetuai pemberontakan bagi mengembalikan kuasa keluarganya di planet tersebut.

Diarahkan oleh Denis Villenueve, Dune dibintangi pelakon seperti Timothée Chalamet, Rebecca Ferguson, Oscar Isaac, Josh Brolin, Stellan Skarsgård, Dave Bautista, Stephen McKinley Henderson, Zendaya, David Dastmalchian, Chang Chen, Sharon Duncan-Brewster, Charlotte Rampling, Jason Momoa dan Javier Bardem

Dune akan ditayangkan di pawagam tempatan pada 14 Oktober ini. 

Strim Dune (1984)

Related posts

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer Black Adam Pamer Dwayne Johnson Sebagai Anti-Hero Utama

Kakimuvee

DC FanDome: Lebih Dari Satu Flash Serta Supergirl & Batman, Antara Yang Digoda Dalam Trailer Pertama The Flash

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer The Batman Papar Sisi Gelap Robert Pattinson Sebagai Bruce Wayne

Kakimuvee

Leave a Comment