Official Trailer

Trailer Antarabangsa Bloodshot Preview Permandangan Bandar Kuala Lumpur

Views

Sony Pictures telah melancarkan trailer antarabangsa Bloodshot yang memaparkan preview bandar Kuala Lumpur. Anda boleh saksikan trailer tersebut dipemain video dibawah.

Dicipta oleh Kevin Van Hook, Don Perlin, dan Bob Layton, Bloodshot mengisahkan tentang bekas tentera, Ray Garrison yang dihidupkan dari kematian dan dipertingkatkan dengan kemajuan teknologi hasil ciptaan Spirit Technologies. Dipenuhi dengan ‘nanobots’, Ray menjadi askar yang sempurna, berkebolehan untuk sembuh dengan sendiri, menukar bentuk dan mampu untuk berinteraksi dengan segala macam teknologi.

Digelar sebagai “Bloodshot”, Ray tidak mempunyai sebarang ingatan dan berjuang untuk mengentahui siapakah dirinya, sambil dibantu oleh seorang lagi pejuang yang dikenali sebagai Chainsaw.

Vin Diesel memainkan peranan utama sebagai Bloodshot dan dia dibantu beberapa pelakon lain seperti Toby Kebbell, Sam Heughan, Eiza Gonzalez, Tatulah Riley, Johannes Haukur Johannesson, Lamorne Morris, Guy Pearce dan Alex Hernandez.

Filem ini diarahkan oleh Dave Wilson, dan pernah bekerjasama dengan pengarah Deadpool, Tim Miller di Blur Studios. Dia juga mengarahkan beberapa video sinematik untuk permainan video seperti Halo 2, Mass Effect 2 dan BioShock Infinite. Calon Academy Award, Eric Heisserer (Arrival, The Thing) menulis skrip untuk filem ini. Diesel juga turut bertindak selaku penerbit bersama-sama Neal Moritz.

BACA:  Bumi Diancam Komet Dalam Trailer Terbaru GREENLAND Lakonan Gerard Butler

Bloodshoot akan menemui penonton pada 13 Mac 2020

Tinggalkan Balasan

shares