Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Trailer Antarabangsa, Barry Keoghan Adalah Joker, Antara Perkembangan Menarik THE BATMAN

Dikala kerancakkan tayangan Spider-Man: No Way Home yang semakin hampir, Warner Bros. telah merilis trailer antarabangsa filem komik yang dinantikan, The Batman arahan Matt Reeves. 

Trailer tersebut secara asasnya hampir sama dengan trailer yang dilancarkan semasa acara DC FanDome bulan lalu, tetapi terdapat beberapa rakaman terbaru, serta dialog baharu yang dituturkan oleh Bruce Wayne (Robert Pattinson) dan The Riddler (Paul Dano). Anda boleh saksikan trailer antarabangsa The Batman dibawah:

Dalam perkembangan lain, terdapat khabar angin yang mengatakan bintang Eternals, Barry Keoghan, akan memainkan watak The Joker. The Hollywood Reporter sebelum ini melaporkan bahawa Warner Bros. sedang menguji dua potongan filem yang berbeza.

“Bulan lepas, Internet menjadi agak gila tentang Barry Keoghan mungkin, atau mungkin tidak, memainkan watak Joker dalam filem Matt Reeves yang akan datang The Batman. Jangan cari kami untuk jawapan mengenai perkara itu. Tetapi kami boleh memberitahu anda ini: Pelbagai sumber memberitahu kami bahawa Warner Bros. telah menguji dua potongan berbeza “The Batman,” satu dengan pelakon tertentu, satu tanpanya. Dan saringan ujian terakhir berlaku minggu lepas, dengan keputusan kini dibuat untuk versi mana yang disukai oleh studio, kata seorang sumber.”

Apapun, ia masih lagi dianggap spekulasi kerana Barry Keoghan telah mengambil peranan sebagai pegawai polis Gotham City, Stanley Merkel. Dalam versi komik, Merkel merupakan rakan setugas Jim Gordon. 

The Batman ditetapkan dalam dunianya sendiri dan tidak terikat dengan dunia DCEU. Filem ini memberi fokus pada tahun kedua Bruce Wayne sebagai Batman yang mana ia akan mengikuti beberapa siri pembunuhan yang membongkar sejarah rasuah di bandar Gotham dan bagaimana keluarga Bruce dikaitkan. 

Filem terbaru Warner Bros. DC ini dibarisi pelakon seperti Robert Pattinson yang memainkan peranan utama sebagai sebagai Bruce Wayne / Batman. Dia akan turut disertai Zoe Kravitz sebagai Selina Klye / Catwoman, Paul Dano sebagai The Riddler, Andy Serkis sebagai Alfred Pennyworth, John Turturro sebagai Carmine Falcone dan bintang Westworld, Jeffrey Wright sebagai Commissioner Gordon dan Collin Farrell sebagai Oswald Cobblepot, aka The Penguin. Peter Sarsgaard dan Jayme Lawson turut membintangi filem ini, sebagai Gotham D.A. Gil Colson dan Bella Reál.

Warner Bros. menetapkan tarikh tayangan The Batman pada 4 Mac 2022.

Related posts

Jumlah Penonton “Daredevil” Di Netflix Melonjak Susulan Tayangan “Spider-Man: No Way Home” & “Hawkeye”

Kakimuvee

‘Deleted Scene’ “Hawkeye” Bocor Di Media Sosial, Menampilkan Kingpin & Clint Barton Sewaktu Kecil

Kakimuvee

[TRAILER] Fistful of Vengeance: Iko Uwais Terajui Filem ‘Standalone’ “Wu Assassins”

Kakimuvee

Siri Godzilla & Titans Akan Dihasilkan Di Apple TV+

Kakimuvee

“The Batman” Mungkin Berdurasi Hampir 3 Jam

Kakimuvee

Robert Pattinson Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Dari Pengarah Bong Joon Ho

Kakimuvee

Leave a Comment