Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Trailer ‘Ant-Man and the Wasp: Quantumania’ Beri Pandangan Pertama Kang The Conqueror


Marvel Studios telah melancarkan trailer rasmi pertama Ant-Man and the Wasp: Quantumania, filem ketiga Ant-Man yang diijadualkan tayangan pada awal tahun hadapan. 

Trailer tersebut menunjukkan Scott Lang yang menjalani kehidupannya selepas peristiwa Avengers: Endgame.

Selepas anaknya, Cassie, seara tidak sengaja menghantar isyarat ke Quantum Realm, keluarga Langs dan Van Dynes secara tidak sengaja ditarik ke alam satu lagi yang cukup aneh. 

Selain menggoda apa yang akan dilihat penonton dalam filem akan datang, peminat juga dapat melihat pandangan pertama Jonathan Majors sebagai watak ikonik Kang the Conqeuror bersama penampilan ringkas Bill Murray dalam filem tersebut. 

Anda boleh tonton trailer rasm Ant-Man and the Wasp: Quantumania dibawah:


Ansuran ketiga Ant-Man akan memperkenalkan pendatang baharu MCU Kathryn Newton yang akan memainkan watak Cassie Lang, karakter yang sebelum ini dilakonkan oleh Abby Ryder Fortson dalam filem pertama Ant-Man dan Emma Fuhrman dalam Endgame.

Bintang Lovecraft Country Jonathan Majors akan membawa penjahat ikonik Marvel Kang the Conqueror, sementara bintang Ghostbusters Bill Murray memainkan watak yang masih belum didedahkan.

Ant-Man and the Wasp: Quantumania sekali lagi diarahkan oleh Peyton Reed dari lakon layar yang ditulis oleh Jeff Lovenss. Filem superhero ini dijadualkan tayangan pada 17 Februari 2023.


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee