Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Universal Pictures telah melancarkan trailer rasmi Ambulancesebuah filem thriller terbaru arahan Michael Bay dan berdasarkan filem Denmark tahun 2005 dengan nama yang sama. 

Trailer tersebut memaparkan dua saudara ketika rompakan bank yang mereka lakukan menjadi kelam-kabut apabila rancangan melarikan diri mereka menyebabkan mereka tanpa sengaja merampas ambulan. Dibintangi oleh Jake Gyllenhaal dan Yahya Abdul-Mateen II, filem ini dijadualkan tiba di pawagam pada 18 Februari.

Ambulance diarahkan oleh Michael Bay dari lakon layar yang ditulis oleh Chris Fedak (Chuck, Prodigal Son). Filem ini dibintangi oleh calon Oscar Jake Gyllenhaal (The Guilty), pemenang Emmy Yahya Abdul-Mateen II (Candyman), Eiza González (Baby Driver), Garret Dillahunt (Raising Hope), Keir O’Donnell (Wedding Crashers), calon Emmy Moses Ingram (The Queen’s Gambit), dan ramai lagi.

Dalam filem thriller ini, Will Sharp, yang terdesak untuk mendapatkan wang demi membayar bil perubatan isterinya, telah meminta bantu dari seseorang yang dikenalinya – saudara angkatnya, Danny. Penjenayah berkarismatik Danny menawarkannya habuan: rompakan bank terbesar dalam sejarah Los Angeles: $32 juta dolar.

Dengan nyawa isterinya dihujung tanduk, Will tidak dapat menolak. Tetapi apabila rancangan melarikan diri bertukar menjadi kelam-kabut, kedua-dua saudara yang terdesak ini telah merampas sebuah ambulan dengan seorang anggota polis yang cedera parah dan EMT Cam Thompson didalamnya. Dalam kejar-mengejar berkelajuan tinggi yang tidak pernah berhenti, Will dan Danny mesti menghindari polis di seluruh bandar, memastikan tebusan mereka terus hidup dan tidak cuba untuk membunuh antara satu sama lain, semuanya dilakukan dalam aksi melarikan diri paling gila yang pernah dilihat. 

Related posts

Shang-Chi 2 Kini Sedang Dibangunkan, Destin Daniel Akan Mengarah Siri TV MCU

Kakimuvee

Transformasi Menakutkan Jared Leto Dalam Klip Eksklusif MORBIUS

Kakimuvee

Kevin Feige SAHKAN Charlie Cox Akan Menjadi Daredevil MCU

Kakimuvee

Gambar Pertama ‘Texas Chainsaw Massacre’ Tetapkan Debut Netflix Untuk Sekuel Seram Yang Dinantikan

Kakimuvee

Pandangan Pertama Spider-Man: Across the Spider-Verse (Part One)

Kakimuvee

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Leave a Comment