
Netflix telah melancarkan trailer rasmi Things Heard & Seen, adaptasi dari novel thriller-seram karya Elizabeth Brundage, lakonan Amanda Seyfried dan James Norton sebagai pasangan berkahwin yang berpindah ke rumah ladang yang terletak di Hudson Valley. Filem terbaru ini boleh di strim di Netflix mulai Khmasi, 29 April. Anda boleh tonton trailer di bawah.
The things you hear, the things that you see, will lead you closer to the truth….
— NetflixFilm (@NetflixFilm) April 1, 2021
Amanda Seyfried, James Norton, Rhea Seehorn, Natalia Dyer, Alex Neustaedter & F. Murray Abraham star in THINGS HEARD & SEEN… only on Netflix April 29. pic.twitter.com/mJMLZpOg2u
Berdasarkan novel All Things Cease to Appear karya Elizabeth Brundage, filem ini mengikuti Catherine Clare, yang dengan berat hati menjual kehidupannya di Manhattan untuk sebuah rumah terpencil di ladang kecil Chosen, New York, setelah suaminya George mendapat pekerjaan mengajar sejarah seni di sebuah kolej kecil yang terletak di Hudson Valley.
Walaupun dia melakukan yang terbaik untuk mengubah ladang tenusu lama menjadi tempat di mana anak perempuannya Franny akan bahagia, Catherine mendapati dirinya semakin terasing dan bersendirian. Dia segera merasakan kegelapan yang menyeramkan di sebalik dinding rumah lama – dan dalam perkahwinannya dengan George.
Things Heard & Seen dipimpin oleh Amanda Seyfried, yang baru-baru ini telah mendapat pencalonan Oscar pertama untuk Pelakon Pembantu Terbaik menerusi filem Netflix Mank. Menyertainya adalah James Norton (Little Women), Natalia Dyer (Stranger Things), Rhea Seehorn (Better Call Saul), Alex Neustaedter (Colony), dan F. Murray Abraham (Amadeus).
Filem ini ditulis dan diarahkan oleh Shari Springer Berman dan Robert Pulcini bersama Stefanie Azpiazu yang menjadi penerbit bersama Anthony Bregman, Julie Cohen dan Peter Cron. Things Heard & Seen akan ditayangkan di platform streaming pada 29 April ini.