Minggu lepas, 20th Century Fox mengeluarkan trailer pertama filem arahan Ridley Scott,Ā Alien: Covenant,Ā filem yang ditunggu-tunggu oleh peminat filemĀ Alien.Ā Namun trailer tersebut dikatakan begitu pelahan dan kurang memberangsangkan sehinggaĀ mendapat reaksi negatif dari peminat.
Disebabkan tidak berpuashati dengan trailer filem berkenaan, seorang peminat filemĀ Alien telah mengambil langkah proaktif dengan mengubah tone trailer berkenaan supaya kelihatan lebuh mernarik dengan meniru gayaĀ versi filemĀ Prometheus (2012), dan ianya kelihatan lebih menarik dari versi asal yang dikeluarkan oleh pihak produksi.
Peminat tersebut mengambil beberapa footage filem berkenaan yang ditunjukkan semasa perayaan krimas dan melakukan sedikit adjustment dan berjaya menukar trailerĀ Alien: Convenant kelihatan begitu mengiurkan. Peminat yang melakukan editing tersebut mengekalkan dialog dari video asal seminima yang mungkin dan menambah sountrack dari filemĀ PrometheusĀ untuk dijadikan musik latar trailer tersebut.
Video berdurasi 1:08 minit itu penuh padat dengan adegan-adegan yang mendebarkan dan hanya satu perkataan diucapkan iaitu “RUN” dalam trailer fan-made berkenaan.
Anda boleh tonton trailer fan-made dibawah dan bandingkan dengan original trailer dari pihak produksi, yang mana lagi menarik.
Alien: CovenantĀ Fan Made
Original Version
https://www.youtube.com/watch?v=H0VW6sg50Pk&t=26s