
Joko Anwar kembali dengan sekuel filem seram yang dinantikan, Pengabdi Setan 2 – Communion, yang akan ditayangkan di pawagam tempatan mulai 11 Ogos ini.
Joko Anwar mengekalkan sebilangan besar dari pelakon filem pertama seperti Ayu Laksmi, Tara Basro, Asmara Abigail, Endy Arfian dan bintang terkenal Malaysia, Bront Palarae.
Turut menyertai barisan pelakon adalah Jourdy Pranata, Ratu Felisha, Muzakki Ramdhan, Fatih Unru, Kiki Narendra, Rukman Rosadi, Mian Tiara, dan Muhammad Abe.
Dipenghujung filem pertama, penonton tertanya-tanya tentang kehadiraan watak lakonan Asmara Abigail dan Fachri Albar. Sementara itu, dalam Pengabdi Setan 2 – Communion, penglibatan sosok Ibu (Ayu Laksmi) dalam aliran penyembahan syaitan akan dikupas dengan lebih mendalam.
Rini (Tara Basro) dan keluarganya masih bergelut untuk melawan ketakutan dari pengikut aliran penyembah syaitan.
Alami ketakutan dan keganasan dalam Pengabdi Setan 2 – Communion apabila ia ditayangkan di pawagam pada 11 Ogos 2022.