Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Tempatan

Trailer “Air Force The Movie: Selagi Bernyawa” Pamer Kehebatan Aset TUDM

GSC Movies telah melancarkan trailer pertama filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa, yang mempamerkan paparan hebat pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Filem aksi ketenteraan / patriotik ini merupakan kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia, Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas, Astro dan Six Fun Media. Anda boleh tonton trailer tersebut dibawah.


Filem ini mengisahkan Kapten Adib dan Major Adnan bersama skuadnya yang terlibat di dalam misi bantuan kemanusiaan di Namburi, sebuah negara yang sedang dalam pergolakan. Di dalam perjalanan pulang ke Malaysia, pesawat mereka telah ditembak jatuh oleh pengganas.

Mengetahui perkembangan ini, Tentera Udara Diraja Malaysia telah mengarahkan misi untuk menyelamatkan mereka semua. Zafran, abang ipar kepada Adib dan juga seorang pilot SUKHOI berusaha untuk menyelamatkan mereka. Demi keselamatan bersama, mereka harus berkorban dan berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Filem ini diarahkan oleh Zulkarnain Azhar dan Frank See, berdasarkan lakon layar yang ditulis oleh Opie Harris, Peter Toyat dan Zulkarnain Azhar. Barisan pelakon terdiri daripada Aiman Hakim Redza, Data ‘ Adi Putra, Nas-T, Luqman Hafidz, Johan As’ari, Pablo Amirul, Jack Tan, Sara Ali dan ramai lagi. 

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa akan ditayangkan di pawagam pada Ogos ini.

Related posts

“Mat Kilau” Terus Tambah Kutipan Tiket, Kumpul RM3 Juta Dalam Tempoh 3 Hari

Kakimuvee

“Mat Kilau” Catat Kutipan RM1 Juta Pada Hari Pertama

Kakimuvee

Viu Hasilkan Semula K-Drama Popular, She Was Pretty dalam Bahasa Malaysia

Kakimuvee

[VIDEO] Buaya Menyanyi Riang Ria Dalam Teaser “Lyle, Lyle, Crocodile”

Kakimuvee

Trailer “Stranger Things” Musim 4 Jld. 2 Goda Penamat Yang Dramatik

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Thor: Love And Thunder” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Leave a Comment