
Nampaknya, trailer filem sekuel Adiwiraku 2 telah bocor di media sosial!
Pengkritik filem tempatan, Tellygeram telah mendedahkan trailer filem sekuel Adiwiraku 2 menerusi segmen Telly-Leak mereka. Pendedahan tersebut sekaligus memberikan pandangan pertama filem tempatan yang dinantikan itu.
Tidak banyak butiran mengenai Adiwiraku 2 setakat ini. Berdasarkan dari rujukan beberapa media tempatan, filem kali ini akan mengangkat tema sukan dimana ia akan mengetengahkan cerita guru sukan di sebuah sekolah di Gemencheh, Negeri Sembilan.
Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-28, Pekin Ibrahim telah dipilih untuk membawa watak utama, Cikgu Azman dalam filem akan datang. Pelakon filem pertama, Sangeeta Krishnasamy bertindak sebagai penerbit, manakala Jason Chong dan Eric Ong sekali lagi menjadi penulis lakonlayar dan pengarah.
Filem pertama Adiwiraku telah mencipta kejutan apabila dinobatkan sebagai Filem Terbaik pada FFM 29 serta Anugerah Skrin 2017.
Setakat ini tarikh tayangan Adiwiraku 2 masih belum diketahui. Anda boleh saksikan trailer Adiwiraku 2 dipemain video dibawah.