Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Trailer Terbaru Charlie’s Angels Telah Dilancarkan!

Sony Pictures telah melancarkan trailer kedua filem Charlie’s Angels, yang memaparkan beberapa rakaman terbaru dari filem aksi komedi arahan Elizabeth Banks. Anda boleh saksikan trailer tersebut dipemain video dibawah.

Filem terbaru Charlie’s Angels ini dibintangi pelakon Kristen Stewart, Naomi Scott dan Ella Balinska yang akan membawakan watak utama sebagai Sabina Wilson, Elena Houghlin dan Jane Kano.


Ketiga-tiga mereka bekerja dengan Charles Townsend, pemilik agensi keselamatan dan penyiasatan yang telah berkembang ke peringkat antarabangsa. Sebagai trio gadis yang bijak, berani dan terlatih, mereka diletakkan dalam pasukan Angels, dibawah arahan Bosleys untuk melakukan tugasan diserata dunia.

Skrip filem ini ditulis sendiri oleh Elizabeth Banks berdasarkan cerita yang ditulis oleh Evan Spiliotopoulos dan David Auburn. Filem ini turut dibintangi Noah Centineo, Jonathan Tucker, Sam Claflin, Patrick Stewart, Djimon Hounsou, dan Elizabeth Bank

Filem ini akan bertindak sebagai ‘standalone’ sekuel untuk siri televisyen dan filem sebelumnya. Charlie’s Angels akan menemui penonton pada 15 November 2019

Related posts

Siri Asli Disney/Pixar CARS ON THE ROAD Akan Membuat Debut Pada Hari Disney+ Hotstar, 8 September Ini

Kakimuvee

[VIDEO] CAVE RESCUE: Misi Menyelamat Pelajar Yang Terperangkap Dalam Gua Tham Luang

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Kongsikan Trailer & Poster Terbaru Siri Star Wars “ANDOR’ Yang Akan Datang

Kakimuvee

Trailer & Poster Rasmi ABANG LONG FADIL 3 Telah Dilancarkan!

Kakimuvee

Klip Video She-Hulk: Attorney At Law Latihan Diantara Hulk & Jennifer

Kakimuvee

[TRAILER] Alami Ketakutan PENGABDI SETAN 2 – COMMUNION Apabila Ia Ditayangkan Di Pawagam 11 Ogos Ini

Kakimuvee

Leave a Comment