
Drama MBC Tracer telahpun berakhir semalam.
Pada 25 Mac, siri finale drama lakonan Im Siwan dan Go Ah Sung itu telah mencapai penilaian penonton tertinggi sepanjang siarannya, iaitu 9.0 peratus, sekaligus melakar rekod peribadi drama tersebut.
Diarahkan oleh Lee Seung-young dari lakon layar yang ditulis oleh Kim Hyun-jung, Tracer menceritakan tentang sekumpulan kakitangan yang berkerja di Perkhidmatan Cukai Negara.
Hwang Dong-Ju (Im Si-Wan) adalah ketua bahagian percukaian 5 di Perkhidmatan Cukai Negara. Dia bekerja keras untuk mengesan wang yang tersembunyi daripada perkhidmatan cukai. Pasukannya termasuk Seo Hey-Young (Ko Ah-Sung), yang mempunyai personaliti yang cerah dan ketuanya, Young (Park Yong-Woo).
Sementara itu, In Tae-Joon (Son Hyun-Joo) ialah pengarah sebuah pejabat cukai wilayah. Dia seorang yang bercita-cita tinggi.
Sumber: Soompi