Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Toy Story 4 Menjadi Filem Ke-5 Buena Vista Catat Kutipan Melebihi $1 Billion Dolar Tahun Ini

Selepas melihat rakan-rakannya menyertai kelab eksklusif $1 billion, Toy Story 4 dengan bangganya melangkah masuk ke kelab tersebut apabila berjaya mencatatkan kutipan sebanyak $1 billion dolar pada hari ke-55 tayangannya.

Kutipan terkini itu meletakkan Toy Story 4 dibelakang filem sebelumnya, Toy Story 3 yang mencatatkan kutipan sebanyak $1.067 billion dolar pada 2010. Selain itu juga, ia menjadi filem keempat Disney / Pixar yang mencatakan kutipan lebih $1 billion dolar selepas Toy Story 3, Incredibles 2 dan Finding Dory.

Kejayaan Toy Story 4 telah meluaskan lagi penguasaan Beuna Vista (Disney) dipentas box office seluruh dunia. Studio berkenaan kini telah mengumpul lebih $8 billion dolar seluruh dunia menerusi enam buah filem yang ditayangkan pada tahun ini.

Toy Story 4 dibintangi oleh Tim Allen dan Tom Hanks yang akan membawakan suara Buzz Lightyear serta Woody. Filem ini turut disuarakan oleh Annie Potts, Patricia Arquette, Joan Cusack serta suara-suara baru dari pelakon terkenal iaitu Keanu Reeves, Keegan-Michael Key dan Jordan Peele.

Related posts

Foto Set Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Beri Pandangan Pertama Christian Bale Sebagai ‘Gorr the God Butcher’

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “Spider-Man: No Way Home” Dedah Pertemuan Spidey & Doctor Strange Di Sanctum Sanctorum

Kakimuvee

“Jungle Cruise” Kutip $90 Juta Dolar Pada Minggu Pertama Tayangan

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Venom: Let There Be Carnage” Tunjuk Keganasan Villain Utama

Kakimuvee

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Leave a Comment