Filem animasi terbaru Disney / Pixar, Toy Story 4 dijangka mengutip sekurang-kurangnya $123.7 juta pada minggu pertama tayangannya, kurang dari sasaran yang ditetapkan iaitu diantara $140-$200 juta dolar.
Menurut laporan dari laman web Forbes, Toy Story 4 telahpun meraih $47.39 juta dolar pada 2 hari tayangan dipasaran domestik Amerika Syarikat, termasuklah tayangan pembukaan pada Khamis yang lalu sebanyak $12 juta dolar.
Secara perbandingan, filem tersebut berjaya mengatasi filem Toy Story 3 yang mengutip $41 juta tayangan pembukaan pada 2010, tetapi berada di belakang filem Finding Dory dan Incredibles 2 yang mengutip $56 juta dan $71 juta pada tayangan pembukaan.
Jika jangkaan penganalisis tepat, Toy Story 4 akan menduduki tangga ketiga kutipan minggu pembukaan untuk filem animasi, dibelakang filem Incredibles 2 yang mengutip $182.6 juta dan Finding Dory yang mengutip $135 juta dolar.
Untuk info, filem Toy Story 3, Incredibles 2 dan Finding Dory telah berjaya melepasi angka $1 billion untuk kutipan tiket seluruh dunia.