Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Toy Story 4 Cipta Rekod Kutipan Tertinggi Minggu Pembukaan Untuk Filem Animasi


Walaupun kutipan domestik Toy Story 4 tidak mencapai sasaran yang ditetapkan, filem animasi terbaru Disney itu tetap mencipta rekod apabila berjaya meraih $238 juta dolar pada minggu pembukaan, menjadikan filem animasi yang mencatatkan kutipan tertinggi pada minggu pertama tayangan.

Toy Story 4 hanya mengutip $118 juta dolar untuk pasaran domestik Amerika Syarikat (AS), jauh dari sasaran yang ditetapkan iaitu sebanyak $140 juta dolar, tetapi pasaran antarabangsa tidak mengecewakan apabila berjaya mengutip $120 juta dolar.

Dengan prestasi memberangsangkan terutamanya dari pasaran luar, Toy Story 4 dijangka akan menjadi filem keempat Pixar yang bakal melepasi angka $1 billon dolar.

Berikut adalah kutipan terkini filem-filem Hollywood:

  1. Aladdin: $810 juta dolar
  2. Godzilla: King of the Monsters: $349.9 juta dolar
  3. John Wick: Chapter 3 – Parabellum: $289.1 juta dolar
  4. X-Men: Dark Phoenix: $232.9 juta dolar
  5. Men in Black: International: $182 juta dolar

Related posts

Disney Umum Perancangan ‘Frozen 3’, ‘Toy Story 5’ & Sekuel ‘Zootopia’

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd