Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

TOWN MALL Akan Ditayangkan Di Astro First

Pandemik Covid-19 menyaksikan banyak filem ditunda, termasuklah filem-filem tempatan. Walaupun situasi di Malaysia dilihat semakin pulih, pihak kerajaan masih belum memberi lampu hijau kepada pawagam untuk kembali beropersi kerana masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika ini.

Tidak mahu terus tertangguh, penerbit filem seram Town Mall mengambil inisiatif untuk menayangkan filem mereka di saluran berbayar Astro First pada 25 Jun ini.

“Saya selaku penerbit bersama barisan kru dan pelakon tidak sabar untuk menunggu reaksi penonton kelak. Sokongan daripada pihak Astro Shaw yang membuka ruang buat penerbit untuk menayangkan filem dalam tempoh sekarang ini, memberikan saya lebih keyakinan dan percaya potensi filem ini untuk mendapat sambutan positif.

“Saya berharap kehadiran filem ini mampu menjadi pencetus dan mencipta penanda aras baru dalam adaptasi filem daripada novel seram, kerana sebelum ini amat jarang kita lihat naskhah-naskhah novel seram diangkat ke layar perak,” ujar penerbit Enuja Production iaitu Zainuddin Mohd Ismail.

Town Mall diadaptasi daripada novel seram popular nukilan Hasrudi Jawawi yang akan menceritakan tentang kisah inspirasi daripada kisah sebenar mengenai sebuah projek pembinaan yang telah terbengkalai selama 10 tahun.

Diarahkan oleh Datuk Seri Eizlan yang membuat debut sebagai pengarah, dia juga akan turut membintangi filem ini bersama pelakon hebat lain seperti Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizam, Adam Shahz, Dato’ Jalaluddin Hassan, Erry Putra dan ramai lagi.

Ini filem tempatan keempat yang ditayangkan di Astro First selepas Manap Karaoke, Syif Malam Raya dan Ada Apa Dengan Dosa.

Related posts

Strim SYOK Podcast baharu, ‘Terkejutawan’ eksklusif di aplikasi SYOK!

Zulaikha

VIU Dedah Trailer Rasmi & Tarikh Tayangan “Black” Musim Ke-2

Kakimuvee

Filem-Filem Rebel & Liar Yusof Haslam Di MUBI Jun Ini

Kakimuvee

Lebih Banyak Pilihan Kanak-Kanak di Musim Cuti Sekolah ini

Kakimuvee

SIARAN ‘HATI YANG DIKHIANATI’ DIREHATKAN SUSULAN KEKANGAN PKP 3.0

Isqandar

ASTRO RIA TAMPIL KELAINAN LEBIH BERANI MENERUSI DRAMA ‘SCAMMER’

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating