Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Top Gun: Maverick” Dijangka Kutip AS$150 Juta Pada Minggu Pertama Tayangan, Gred CinemaScore Didedahkan


Top Gun: Maverick kini sedang dalam pengejaran untuk meraih AS$150 juta dalam tempoh empat hari tayangannya (kini telah mengumpul AS$123 juta dalam tempoh tiga hari). Jika ia berjaya melepasi angka tersebut, filem sekuel itu akan menjadi pembukaan terbesar dalam sejarah karier Tom Cruise. 

Paramount Pictures sebelum ini meletakkan sasaran kutipan minggu pertama sekitar AS$100 juta hingga AS$125 juta, namun nampaknya Maverick berjaya melepasi sasaran yang ditetapkan. 

Di pasaran global, filem arahan Joseph Kosinski itu dijangka dapat melepasi AS$200 juta pada minggu pertama, namun ia bergantung pada reaksi peminat antarabangsa. 

Dengan kos produksi sekitar AS$172.5 juta, termasuklah AS$150 juta untuk tujuan promosi, Tom Gun: Maverick dijangka dapat memberi pulangan modal, dan seterusnya mencipta keuntungan dalam tempoh 150 hari tayangannya. 

Sementara itu, CinemaScore Tom Gun: Maverick telah didedahkan kepada dan ia telah mendapat gred “A+”, sesuatu yang dapat dijangkakan selepas ia menerima reaksi yang cukup positif dari pengkritik dan peminat.


Top Gun: Maverick kini sedang ditayangkan di pawagam tempatan

 

 


Related posts

Tarikh Tayangan Mission: Impossible 8 Dianjak Hampir Setahun

Kakimuvee

Review Filem: Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One (2023)

Kakimuvee

Tom Cruise Masih Mengerjakan Filem Angkasa Lepasnya

Kakimuvee

Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One Meletup Di Pawagam, Kutip AS$235 Juta Pada Minggu Pembukaan

Kakimuvee

Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One Dapat Skor Hampir Sempurna Di Rotten Tomatoes

Kakimuvee

Video MIssion: Impossible – Dead Reckoning Part One Papar Aksi Berani Mati Tom Cruise

Kakimuvee