Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Top Gun: Maverick” Buka Minggu Pertama Dengan Kutipan AS$282 Juta Seluruh Dunia


Nampaknya, Paramount dan Skydance tersenyum lebar selepas Top Gun: Maverick mencatatkan kutipan luarbiasa pada minggu pertama tayangannya.

Dalam tempoh empat hari tayangan, filem sekuel itu berjaya mengutip AS$151 juta dolar di pasaran domestik AS, sekaligus menjadi kutipan minggu pembukaan terbesar dalam sejarah karier Tom Cruise.

Di pasaran global, Top Gun: Maverick disambut baik peminat sehingga berjaya menjana AS$126 juta pada minggu pertamanya, menjadikan jumlah keseluruhan kutipan mencecah AS$282 juta seluruh dunia.

Ini merupakan pencapaian yang cukup baik buat filem arahan Joseph Kosinski itu memandangkan ia tidak ditayangkan di pasaran utama antarabangsa iaitu China dan Russia. 

Top Gun: Maverick akan berlatarbelakangkan zaman dimana dunia telah dipenuhi dengan teknologi dron dan generasi kelima jet pejuang yang menyaksikan era ‘dogfighting’ telah berakhir. Maverick kini telah menjadi pengajar juruterbang, dan mengambil Bradley Bradshaw (Lakonan Miles Teller), anak bekas rakan sepasukannya, Nick “Goose” Bradshaw, sebagai anak muridnya.


Filem arahan Joseph Kosinski ini turut dibintangi Jon Hamm, Val Kilmer, Jennifer Connelly, Gleen Powell dan Ed Harris. Skrip filem ditulis Peter Craig, Justin Marks dan Eric Warren Singer. 

Top Gun: Maverick kini sedang ditayangkan di pawagam tempatan. Anda boleh membawa review Kakimuvee disini:

 


Related posts

Tarikh Tayangan Mission: Impossible 8 Dianjak Hampir Setahun

Kakimuvee

Review Filem: Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One (2023)

Kakimuvee

Tom Cruise Masih Mengerjakan Filem Angkasa Lepasnya

Kakimuvee

Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One Meletup Di Pawagam, Kutip AS$235 Juta Pada Minggu Pembukaan

Kakimuvee

Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One Dapat Skor Hampir Sempurna Di Rotten Tomatoes

Kakimuvee

Video MIssion: Impossible – Dead Reckoning Part One Papar Aksi Berani Mati Tom Cruise

Kakimuvee