Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot AsiaVideo

Tonton Yoon Shi Yoon Mencuba ‘Skill’nya Dalam Teaser “Psychopath Diary” Yang Melucukan

tvN telah melancarkan teaser terbaru drama Psychopath Diary yang memaparkan Yoon Shi Yoon membaca diari dan mencuba kemahiran pembunuhnya. Anda boleh saksikan teaser tersebut berserta penerangan dibawah.

Drama ini mengisahkan seorang lelaki bernama Yook Dong Shik, secara tidak sengaja menyaksikan satu pembunuhan dan kehilangan ingatannya selepas terlibat dalam kemalangan ketika lari dari tempat kejadian. Dia terjaga tanpa tahu identitinya dan tersilap anggap dirinya pembunuh apabila dia menjumpai diari pembunuh berada di tangannya.


Turut membintangi drama ini adalah Jung In-sun sebagai Shim Bo-kyung, seorang pekerja stesyen miyak dan Park Sung-hoon sebagai Seo In-wo, Pembunuh bersiri psikopat sebenar yang juga pengarah syarikat saham Dong-sik bekerja.

Teaser pertama menunjukkan diari tersebut telah memberitahu Yook Dong Shik bahawa dia adalah pembunuh bersiri dan mampu menewaskan tiga lelaki dewasa. Apabila tiba di satu tempat, dia cuba untuk berlawan dengan tiga budak sekolah, namun sebaliknya dia lari lintang-pukang akibat dikejar. Sementara itu, Shim Bo Kyung (lakonan Jung In Sun) kehairanan melihat Dong Shik dikejar budak sekolah.

Teaser kedua juga turut memaparkan diari tersebut memberitahu dia mampu berlari sejauh empat kilometer tanpa rasa penat. Seperti klip diatas, Dong Shik mencuba, tetapi akhirnya dia sekadar berlari mencari air, dan… janya mampu berlari sejauh 312 meters sahaja.

Psycopath Diary akan disiarkan pada November ini.

Sumber: Soompi

Related posts

Lee Jung Jae Menang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Di Hollywood Critics Association TV Awards

Zulaikha

Gambar-Gambar Terbaru SEOUL VIBE Menyerlahkan Lagi Latarbelakang 80-an Untuk Filem Aksi Terbaru Netflix

Kakimuvee

“One Piece Film: Red” Tunjuk Prestasi Baik Di Box Office Jepun

Zulaikha

“Emergency Declaration” Catat Kutipan RM4 Juta Di Malaysia

Zulaikha

Filem Sulung Lee Jung Jae, “Hunt” Lepasi 1 Juta Penonton Di Korea Selatan

Zulaikha

Drama “Big Mouth” Catat Rating Tertinggi Sepanjang Tayangannya.

Zulaikha