Sempena pelancaran pawagam baru GSC di Melawati Mall, mereka berbesar hati untuk menayangkan filem secara percuma bermula pada minggu ini. Tetapi hanya filem tertentu sahaja yang akan ditayangkan antaranya:
– “Wonder Woman”
– “Guardian of the Galaxy: Vol 2”
– “King Arthur”
– “Baahubali”
– “Pirates of the Caribbean: Salazar Revenge”
– “Abang Long Fadil 1”
– “The Smurf: Lost Village”
– “J Revolusi”
– “77 Heartbreaks”
Tayangan percuma ini akan bermula dari 19 Ogos sehingga 23 Ogos 2017.
Bagi yang berminat, anda boleh lawati laman web GSC.com dan print voucher yang dipaparkan dilaman web tersebut untuk ditukarkan dengan dua tiket percuma. Pertukaran berdasarkan “siapa cepat dia dapat” dan tiket tersebut hanya sah untuk tayangan pada hari tersebut sahaja.
Pawagam terbaru GSC di Melawati Mall bukan sahaja mempunyai 10 buah dewan pawagam, ia turut mempunyai dewan THX yang dilengkapi Dolby Atmos serta kerusi D-Box.
GSC Melawati Mall akan dibuka kepada pengunjung pada 24 Ogos 2017