Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Tonton Video Terbaru Aquaman


Kurang seminggu lagi filem terbaru DC, Aquaman akan ditayangkan di Malaysia. Bagi yang tidak sabar menonton filem adiwira tersebut, Warner Bros. Pictures mengeluarkan sebuah video klip dari filem Aquaman. Anda boleh tonton trailer tersebut dibawah.

Filem keenam DCEU ini akan menyaksikan persengketaan saudara diantara Arthur Curry dan King Orm (Patrick Wilson) yang merancang untuk memulakan perang dengan manusia di atas permukaan bumi bagi membalas dendam atas perbuatan manusia yang melakukan pencemaran laut sejak berkurun yang lalu. Untuk mengelakkan perang diantara manusia dan Atlantis, Arthur Curry perlu bergabung dengan 7 kerajaan Atlantis yang lain.

Aquaman diarahkan oleh James Wan manakala skrip ditulis oleh David Leslie Johnson-McGoldrick (The Conjuring 2) dan Will Beall.

Selain Jason Momoa, filem ini turut dibintangi pelakon Amber Heard, Patrick Wilson, Willem Dafoe, Yahya Abdul-Mateen II, Temuera Morrison, Dolph Lundgren, serta Nicole Kidman.

Aquaman bakal menemui penonton pada 13 Disember 2018



Related posts

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee