Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Video

Tonton Video Klip Eksklusif “Black Widow” Disini

Sempena majlis MTV “Movie & TV Awards” yang berlangsung baru-baru ini, Marvel Studios telah mengeluarkan klip eksklusif Black Widow, memaparkan seorang pembunuh upahan wanita, mengejar Natasha Romanoff dan rakannya Yelena Belova. Anda boleh tonton klip tersebut di pemain video dibawah. 

Natasha Romanoff aka Black Widow berhadapan dengan sisi gelap kehidupannya ketika timbul konspirasi berbahaya yang mempunyai kaitan dengan masa lalunya. Dikejar oleh kekuatan yang tidak akan berhenti untuk menjatuhkannya, Natasha mesti menangani sejarahnya sebagai perisik dan hubungan yang terputus sebelum dia menjadi Avenger.

Scarlett Johansson meneruskan peranannya sebagai Natasha Romanoff/Black Widow, bersama pendatang baru MCU Florence Pugh sebagai Yelena, David Harbour sebagai Alexei/The Red Guardian dan Rachel Weisz sebagai Melina. Black Widow diarahkan oleh Cate Shortland dan diterbitkan Kevin Feige.

Filem pertama dalam Fasa 4 Marvel Cinematic Universe ini akan ditayangkan di pawagam dan Disney+ mulai 9 Julai 2021.

Related posts

Tonton Klip Terbaru Red Notice Yang Sarat Dengan Aksi

Kakimuvee

Trailer Army of Thieves Papar Kisah Silam Ludwig Dieter Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

TUDUM: Ultraman Musim Ke-2 Dapat Poster Teaser Dari Netflix Menjelang Pelancarannya Pada Tahun Hadapn

Kakimuvee

TUDUM: Saksikan Klip Pembukaan ‘Cowboy Bepop’ Yang Sangat Klasik

Kakimuvee

TUDUM: Teaser Extraction 2 Tunjuk Nasib Chris Hemsworth Sebagai Tyler Rake

Kakimuvee

Chris Pratt Bintangi Filem Super Mario Bros.

Kakimuvee

Leave a Comment