Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Tonton Video Featurette “IT Chapter Two” Yang Paparkan Rakaman Terbaru Serta Temubual Pelakon

Sempena tayangan filem IT Chapter Two pada bulan hadapan, Studio Warner Bros. telah mengeluarkan sebuah video featurette yang memaparkan aktiviti belakang tabir, temubual bersama pelakon serta pengarah dan beberapa babak baru yang tidak ditunjukkan dalam trailer. Anda boleh tonton video tersebut dipemain video dibawah.

Sekuel kali ini menyaksikan ahli kumpulan “The Losers’ Club” yang sudah dewasa, kembali ke kampung halaman mereka iaitu Derry, Mine. Tujuan mereka kembali adalah untuk menghentikan serta menamatkan keganasan yang dilakukan badut Pennywise sepertimana mereka lakukan 27 tahun dahulu.

Aktor James McAvoy, Jessica Chastain, Bill Hader, Isaiah Mustafa, Jay Ryan, James Ransone, dan Andy Bean akan membawakan watak ahli kumpulan The Losers’ Club yang telah dewasa.

Manakala Jaeden Lieberher, Sophia Lillis, Finn Wolfhard, Chosen Jacobs, Jeremy Ray Taylor, Jack Dylan Grazer, dan Wyatt Oleff akan kembali membawakan watak masing-masing dalam sekuel kali ini, iaitu ahli The Losers’ Club ketika kanak-kanak. Bill Skarsgård seperti biasa, meneruskan wataknya sebagai Pennywise.

IT Chapter Two ditulis oleh Gary Dauberman manakala Andy Muschietti sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengarahkan sekuel selepas beliau berjaya mengarahkan filem pertama IT. 

IT Chapter Two akan menemui penonton pada 6 September 2019.

Related posts

Trailer Money Heist Musim Ke-5 Bab. 1: Menyerah Diri Bukanlah Pilihan

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Venom: Let There Be Carnage” Tunjuk Keganasan Villain Utama

Kakimuvee

Rosa Salazar Mahu Membalas Dendam Dalam Trailer “Brand New Cherry Flavor”

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

Trailer “Supergirl” Musim Ke-6 Goda Episod Terakhir Siri The CW

Kakimuvee

Simu Liu Tidak Boleh Lari Dari Takdir Dalam TV Spot Terbaru “Shang-Chi”

Kakimuvee

Leave a Comment