
Selepas bertahun-tahun muncul dalam filemnya sendiri bersama Sony Pictures, akhirnya Spider-Man diperkenalkan dalam MCU. Namun, perkenalannya dalam MCU bukanlah menerusi filem solonya sendiri, sebaliknya Marvel Studio memilih untuk memperkenalkan adiwira itu dalam filem yang menampilkan banyak supehero, iaitu Captain America: Civil War arahan Joe dan Anthony Russo.
Empat tahun selepas Tom Holland membuat debuat sebagai Peter Parker dalam MCU, dia telah muncul dalam empat lagi filem Marvel, yang dua daripadanya adalah penggembaraan solonya, sementara dua yang lain dalam filem Avengers: Infinity War dan Avengers: Endgame.
Kini dia sedang bersiap sedia untuk satu lagi filem iaitu Spider-Man 3 yang akan ditayangkan dipawagam Disember tahun hadapan. Sementara menantikan filem seterusnya, apatah lagi Fasa 4 MCU, peminat mengimbau kembali nostalgia Holland semasa diawal penglibatannya dalam MCU dengan menonton video ujibakat pelakon tersebut untuk filem Civil War.
IGN telah memuatnaik sebuah video di media sosial Twitter yang memaparkan Holland sedang menjalani ujibakat bersama Chris Evan, yan memainkan peranan Captain America dalam MCU. Video tersebut menunjukkan mereka sedang berlatih dialog untuk babak dalam Civil War yang menyaksikan pertemuan kali pertama diantara Captain America dan Spider-Man semasa pertarungan di lapangan terbang. Anda boleh saksikan video tersebut dibawah.
Watch a young Tom Holland nail his screen test for Spider-Man in Captain America: Civil War, cementing his place in the MCU for years to come. https://t.co/73wfaMayAz pic.twitter.com/effGnvJuWj
— IGN (@IGN) August 17, 2020
Selain Evans, Holland turut diuji-layar bersama Robert Downey Jr. yang memainkan peranan Tony Star/Iron Man dalam MCU. Tujuan Russo berbuat demikian adalah mahu melihat prestasi Holland dalam memainkan peranannya bersama-sama pelakon-pelakon lain, bukan sahaja dalam Civil War, tetapi keseluruhan francais khususnya.