Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Tonton TV Spot Terbaru MULAN

Walt Disney Pictures telah melancarkan trailer terbaru Mulan yang memaparkan watak utama menerima latihan sebelum pergi ke medan peperangan. Anda boleh saksikan trailer live action terbaru Disney itu dipemain video dibawah.

Diadaptasi dari filem animasi berjudul sama yang diterbitkan Disney pada 1998, Mulan berdasarkan legenda masyarakat China iaitu Hua Mulan, dimana dia menyamar sebagai seorang lelaki bagi menggantikan tempat ayahnya yang sudah tua – untuk berkhidmat dalam pasukan tentera China dan membawa penghormatan kepada keluarganya.

Dibintangi Yifei Liu yang memainkan peranan utama sebagai Hua Mulan, dia akan dibantu beberapa pelakon lain antaranya Gong Li, Donnie Yen, Jet Li, Jason Scott Lee, Yoson An, Jimmy Wong, Doua Moua, Ron Yuan, Utkarsh Ambudkar, Xana Tang, dan Chum Ehelepola.

Lakonlayar ditulis oleh Elizabeth Martin, Lauren Hynek, Rick Jaffa dan Amanda Silver, dan diterbitkan Walt Disney Pictures. Mulan bakal menemui penonton mulai 27 Mac 2020.

Related posts

“Black Panther: Wakanda Forever” Akan Tiba Di Disney+ Hotstar Pada 1 Februari Ini

Kakimuvee

Saksikan Trailer Tayangan Semula “Titanic” Sempena Ulangtahun Ke-25

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Lancar Trailer & Poster Terbaru “Star Wars: The Mandalorian” Musim 3

Kakimuvee

Marvel Lancar Trailer Terbaru ‘Ant-Man and the Wasp: Quantumania’

Kakimuvee

HBO Lancar Trailer Rasmi ‘The Last of Us’

Kakimuvee

Teaser Trailer “Malbatt: Misi Bakara” Pratonton Misi Menyelamat Tentera AS Di Mogadishu

Kakimuvee

Leave a Comment