Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Tonton TV-Spot Terbaru Filem Seram, Pet Sematary


Paramount Pictures telah melancarkan ‘tv-spot’ terbaru filem seram adaptasi novel karya Stephen King berjudul Pet Sematary. Anda boleh tontonnya di pemain video dibawah.

Pet Sematary adalah remake dari filem asal berjudul sama yang dihasilkan pada tahun 1989. Stephen King pernah mengakui bahawa Pet Sematary adalah satu-satunya novel beliau yang benar-benar menakutkannya.

Filem ini mengisahkan tentang keluarga Louise Creed yang berpindah ke kawasan pedalaman. Disana terdapat sebuah kawasan perkuburan haiwan yang dikenali sebagai “Pet Sematary” yang terletak berdekatan dengan rumah mereka. Suatu hari, kucing belaan mereka telah mati dilanggar trak dan mereka telah menanam haiwan belaan mereka itu di kawasan tersebut. Namun, kucing mereka kembali hidup dan pekara menakutkan mula berlaku pada mereka.

Diarahkan oleh Kevin Kolsch serta Dennis Widmyer, Pet Sematary dibintangi oleh Jason Clarke yang akan membawakan watak Louis Creed serta John Lithgow sebagai Jud Crandall

Pet Sematary akan memulakan penggambarannya Jun ini dan dijangka akan menemui penonton pada 4 April 019



Related posts

Drama Bersiri Max Original DUNE: PROPHECY Akan Membuat Debut Pada Musim Luruh Ini

Kakimuvee

Mega Minion Hadir Membantu Gru Dalam Trailer Terbaru Despicable Me 4′

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee