Tonton TV-Spot Terbaru Child’s Play

0
31
views

Chucky menganas dalam TV-Spot terbaru filem reboot Child's Play. Ingin melihat sedikit previu keganasan yang ditunjukkan anak patung comel itu? anda boleh tontonnya di pemain video dibawah.

Child's Play dibintangi oleh Aubrey Plaza, Gabriel Bateman serta Brian Tyree Henry. Mereka akan dibantu dengan beberapa pelakon lain seperti Beatrice Kitsos, Ty Consiglio, Carlease Burke manakala bintang filem Star Wars, Mark Hamil akan menyumbang suara untuk Chucky.

Filem ini akan mengisahkan tentang Andy yang menerima patung harijadi dari ibunya. Bagaimanapun, si ibu tidak mengentahui bahawa patung tersebut telah diprogram untuk membunuh!.

Pembikin filem seram Polaroid, Lars Klevberg bertindak selaku pengarah dan skrip ditulis oleh Tyler Burton berdasarkan lakonlayar dari filem asal yang dikeluarkan pada 1988.

Child's Play akan menemui penonton pada 21 Jun ini.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here