Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Asia

Tonton Trailer Undercover Punch And Gun Yang Turut Dibintangi Aaron Aziz


Undercover Punch And Gun mengisahkan tentang pengintip Wu terlibat dalam perdagangan dadah dengan gengnya. Semasa transaksi, anggota pasukan khas mengganggu operasi tersebut. Xia adalah salah seorang peniaga dadah terbesar yang menjalankan perdagangan dadah dengan menggunakan pelayarannya, dia menangkap Wu dan mengancamnya untuk mendapatkan semula dadahnya.

Eva dan Mike, anggota pasukan khas menyertai Wu untuk mencari pembuat dadah dan mereka mengakui bahawa Xia adalah bekas ahli mereka dalam pasukan khas. Wu, Mike dan Eva telah memutuskan untuk bekerjasama untuk bertarung dengan Xia.

Filem arahan Philip Lui Koon-nam dan Frankie Tam ini dibintangi beberapa pelakon terkenal Hong Kong iaitu Philip Ng, Vanness Wu, Andy On, Kitty Jiang, Feng Wen Juan, Aka Chio, Chi Shuai, Jia, Lam Suet, Susan Shaw dan pelakon aksi Dato Aaron Aziz yang terkenal di Malaysia.

Undercover Punch And Gun akan mula ditayangkan di pawagam tempatan mulai 28 Jun ini


Related posts

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee

“My Dearest” Dominasi Rankin Drama & Pelakon Untuk Minggu Ini

Kakimuvee