Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Tonton Trailer The Lighthouse Yang Dibintangi Robert Pattinson & Willem Dafoe

RT Features dan A24 telah melancarkan trailer pertama filem The Lighthouse, filem fantasi seram bertemakan hitam-putih arahan pengarah The Witch, Robert Eggers. Filem ini dibintangi bekas calon anugerah Acedemy Award, Willem Dafoe dan Robert Pattinson.

Anda boleh tonton trailer tersebut dipemain video dibawah.

Ditetapkan pada tahun 1890an di Nova Scotia, The Lighthouse mengisahkan tentang penjaga rumah api yang sudah tua, Thomas Wake (Dafoe) dan rakannya, seorang pemuda bernama Ephraim Winslow (Pattinson) dalam menjaga rumah api disebuah pulau New England yang terletak jauh dan bermisteri.

Ditulis oleh Robert Eggers dan Max Eggers, The Lighthouse dirakam dengan menggunakan stok hitam-putih 35mm berserta peralatan dari tahun 1920an dan 1940an. Eggers juga turu bertindak selaku bersama-sama Rodrigo Teixeira dan Lourenço Sant’ Anna.

The Lighthouse telah ditayangkan di Festival Filem Cannes pada 19 Mei yang lalu dan berjaya menerima respon yang sangat positif dari para pengkritik. Filem ini akan memulakan tayangan di Amerika Syarikat pada 18 Oktober ini.

Related posts

Filem Live-Action ‘Tokyo Revengers’ Akan Tiba Di Pawagam Tempatan Pada 9 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer ‘Marabahaya Underground’ Menjanjikan Aksi Perlumbaan Kereta Yang Menarik

Kakimuvee

Filem Yang Mewakili Malaysia Ke Oscar, ‘Prebet Sapu’ Akan Ditayangkan Di Pawagam 16 Disember Ini

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon Mempamerkan ‘Bromance’ Mendebarkan Dalam Teaser “Bad And Crazy”

Zulaikha

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Leave a Comment