Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Tonton Trailer Terbaru Unhinged Lakonan Russel Crowe

Solstice Studios telah melancarkan trailer terbaru Unhinged lakonan Russell Crowe yang memberikan peringatan untuk mematuhi peraturan jalan raya serta rakaman yang menampilkan watak antagonis Crowe yang baru. Anda boleh saksikan trailer tersebut dipemain video dibawah.

Seperti hari-hari biasa, seorang ibu tunggal, Rachel (Caren Pistorius) telah lewat ke tempat kerja ketika dia bertembung dengan seorang lelaki asing di lampu isyarat. Perbuatannya yang membunyikan hon berkali-kali sambil memarahi lelaki tersebut mengundang malang buatnya, apabila dia mula dihendap oleh lelaki itu. Unhinged akan membawa penonton menyaksikan pemburuan kucing dan tikus yang cukup merbahaya dan memberi debaran.

Unhinged diarahkan Derrick Borte. Lakon layar ditulis oleh Carl Ellsworth (Red Eye, Disturbia) dan Lisa Ellzey. Turut menyertai barisan pelakon adalah Caren Pistorius, Gabriel Bateman, Jimmi Simpson, dan Austin P. McKenzie.

Filem ini akan ditayangkan dipawagam tempatan pada 10 September ini.

Related posts

Bell Ngasri & Rakan-Rakan ‘Kantoi’ Puasa Dalam Teaser “18 Puasa Di Kampong Pisang”

Kakimuvee

Kim Ok Bin & Lee Joon Hyuk Berjuang Untuk Bertahan Melawan Naluri Terburuk Manusia Dalam Trailer Terbaru “Dark Hole”

Zulaikha

Filem Terbaru Angelina Jolie “Those Who Wish Me Dead” Lancar Trailer Yang Cukup Mendebarkan

Kakimuvee

Trailer & Poster “Jupiter’s Legacy” Menjanjikan Aksi Hebat Superhero

Kakimuvee

Emma Stone Bawa Masalah Dalam Trailer Terbaru “Cruella”

Kakimuvee

WB Animation Lancar Trailer “Batman: The Long Halloween Part One”

Kakimuvee