Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Tonton Trailer Terbaru The Lighthouse Lakonan Robert Pattinson

Bersempena tayangan perdana di Festival Filem Antarabangsa Cannes dan TIFF, studio RT Features dan A24 telah melancarkan trailer terbaru The Lighthouse, filem fantasi seram bertemakan hitam-putih arahan pengarah The Witch, Robert Eggers. Filem ini dibintangi bekas calon anugerah Acedemy Award, Willem Dafoe dan Robert Pattinson.

Anda boleh tonton trailer tersebut dipemain video dibawah.

Ditetapkan pada tahun 1890an di Nova Scotia, The Lighthouse mengisahkan tentang penjaga rumah api yang sudah tua, Thomas Wake (Dafoe) dan rakannya, seorang pemuda bernama Ephraim Winslow (Pattinson) dalam menjaga rumah api disebuah pulau New England yang terletak jauh dan bermisteri.

Ditulis oleh Robert Eggers dan Max Eggers, The Lighthouse dirakam dengan menggunakan stok hitam-putih 35mm berserta peralatan dari tahun 1920an dan 1940an. Eggers juga turu bertindak selaku bersama-sama Rodrigo Teixeira dan Lourenço Sant’ Anna.

The Lighthouse telah ditayangkan di Festival Filem Cannes pada 19 Mei yang lalu dan berjaya menerima respon yang sangat positif dari para pengkritik. Filem ini akan memulakan tayangan di Amerika Syarikat pada 18 Oktober ini.

Related posts

[TRAILER] Fistful of Vengeance: Iko Uwais Terajui Filem ‘Standalone’ “Wu Assassins”

Kakimuvee

Netflix Lancar Teaser Rasmi Siri Sekuel “Vikings: Valhalla”

Kakimuvee

‘Dendam Telah Tiba’ Dalam TV Spot Terbaru “The Batman”

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Debut Treler Baharu Untuk Siri Marvel Studios “Moon Knight”

Kakimuvee

Netflix Umum Tajuk Adaptasi Korea Money Heist, Tonton Teaser Pertama Disini

Kakimuvee

[VIDEO] Teaser “Moon Knight” Papar Pandangan Terbaru Oscar Isaac

Kakimuvee

Leave a Comment