Sony Pictures telah melancarkan trailer kedua filem terbaru mereka berjudul Searching. Anda boleh tontonnya di pemain video dibawah.
Selepas anak David Kim (Lakonan John Cho), Margot yang berusia 16 tahun hilang, polis telah mula melakukan siasatan bagi menjejaki kehilangan anaknnya itu. Namun selepas 37 jam tanpa sebarang petunjuk, David membuat keputusan untuk mencari anaknya ditempat yanng belum pernah dijejakinya, iaitu komputer riba milik anaknya. David menggunakan komputer riba anaknya untuk menghubungi kawan-kawan anaknya dan melihat foto dan video bagi mencari petunjuk kepada lokasi kehilangan anaknya.
Searching diarahkan oleh Aneesh Chaganty, beliau juga turut menulis filem ini bersama-sama Sev Ohanian. Selain John Cho, filem thriller ini turut dibintangi Debra Messing, Joseph Lee, dan Michelle La.
Searching bakal menemui penonton pada 3 Ogos 2018