Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Tonton Trailer Terbaru Mulan Yang Penuh Dengan Aksi

Walt Disney Pictures telah melancarkan trailer terbaru Mulan yang sarat dengan adegan-adegan aksi. Mulan akan ditayangkan terus ke laman penstriman Disney+ 4 September ini dengan harga premium sebanyak AS$ 30 (RM125).

Anda boleh tonton trailer terbaru Mulan dipemain video dibawah. 

Mulan sepatutnya ditayangkan Mac yang lalu, tetapi ditunda beberapa kali akibat pandemik COVID-19 yang menyaksikan sebilangan besar pawagam di seluruh dunia terpaksa ditutup.

Diadaptasi dari filem animasi berjudul sama yang diterbitkan Disney pada 1998, Mulan berdasarkan legenda masyarakat China iaitu Hua Mulan, dimana dia menyamar sebagai seorang lelaki bagi menggantikan tempat ayahnya yang sudah tua – untuk berkhidmat dalam pasukan tentera China dan membawa penghormatan kepada keluarganya.

Mulan dibintangi Yifei Liu yang memainkan peranan utama sebagai Hua Mulan, serta beberapa pelakon lain antaranya Gong Li, Donnie Yen, Jet Li, Jason Scott Lee, Yoson An, Jimmy Wong, Doua Moua, Ron Yuan, Utkarsh Ambudkar, Xana Tang, dan Chum Ehelepola.

Lakonlayar filem ini ditulis oleh Elizabeth Martin, Lauren Hynek, Rick Jaffa dan Amanda Silver, dan diterbitkan Walt Disney Pictures.

Related posts

Simu Liu Tidak Boleh Lari Dari Takdir Dalam TV Spot Terbaru “Shang-Chi”

Kakimuvee

Sony Lancar Trailer Pertama “Ghostbusters: Afterlife”

Kakimuvee

Teaser HOMETOWN CHA-CHA-CHA Goda Hubungan Romantik Mengasyikkan Dengan Pemandangan Tepi Pantai Yang Cantik

Zulaikha

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Leave a Comment