Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Tonton Trailer Terbaru ‘Insidious: The Red Door’


Blumhouse telah mengeluarkan trailer terakhir Insidious: The Red Door berserta poster terbaru. Filem sekuel dan kelima dalam francais Insidious ini dijadualkan tayangan pada 7 Julai ini.

Anda boleh tonton trailer tersebut dibawah:

Dalam Insidious: The Red Door, semua pelakon asal francais seram itu kembali untuk bab terakhir saga keluarga Lambert yang menakutkan. Untuk menghentikan syaitan yang menganggu mereka sama sekali, Josh (Patrick Wilson) dan Dalton (Ty Simpkins) yang kini seorang remaja, mesti pergi lebih jauh ke dalam ‘The Further’ berbanding sebelum ini, menghadapi masa lalu keluarga mereka yang kelam dan pelbagai keganasan yang baru dan lebih mengerikan, yang mengintai di sebalik pintu merah.

Pelakon asal yang kembali adalah Patrick Wilson (yang mana filem ini adalah debutnya sebagai pengarah), Ty Simpkins, Rose Byrne, dan Andrew Astor.

Turut membintangi oleh Sinclair Daniel dan Hiam Abbass. Dihasilkan oleh Jason Blum, Oren Peli, James Wan dan Leigh Whannell, manakala lakon layar ini ditulis oleh Scott Teems daripada cerita oleh Leigh Whannell, berdasarkan watak yang dicipta oleh Leigh Whannell.



Related posts

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Reboot Spawn Akan Menjadi ‘Filem Superhero Versi Blumhouse’

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee

THE EXORCIST: BELIEVER Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 5 Oktober Ini

Kakimuvee