Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Tonton Trailer Terakhir Star Wars: The Rise Of Skywalker!

Lucasfilms dan Walt Disney Pictures telah melancarkan trailer terakhir Star Wars: The Rise of Skywalker, sebuah filem yang akan memaparkan pengakhiran epik saga Skywalker. Anda boleh saksikan trailer tersebut dipemain video dibawah.

Star Wars: The Rise of Skywalker dibintangi Daisy Ridley, Adam Driver, John Boyega, Oscar Isaac, Lupita Nyong’o, Domhnall Gleeson, Kelly Marie Tran, Joonas Suotamo, dan Billie Lourd. Mereka akan disertai beberapa pelakon baru seperti Naomi Ackie, Richard E. Grant dan Keri Russell.

Selain itu juga, pelakon asal francais Star Wars iaitu Mark Hamill (Luke Skywalker), Anthony Daniels (C-3PO), dan Billy Dee Williams (Lando Calrissian) turut menyertai barisan pelakon lain. Watak Leia Organa yang dilakonkan oleh mendiang Carrie Fisher juga akan berada dalam filem akan datang dengan menggunakan rakaman yang tidak digunakan dari filem Star Wars: The Force Awakens.

J. J. Abrams mengarahkan filem ini dan turut menjadi penulis bersama Chris Terrio. Star Wars: The Rise of Skywalker dijangka akan menemui penonton pada 20 Disember 2019

POSTER

Related posts

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon Mempamerkan ‘Bromance’ Mendebarkan Dalam Teaser “Bad And Crazy”

Zulaikha

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

TV Spot ‘Hawkeye’ Yang Penuh Aksi Menjelang Debut 24 November Ini

Kakimuvee

Trailer Rasmi DON’T LOOK UP Yang Menampilkan Leonardo DiCaprio, Jennifer Lawrence, Meryl Streep & Ramai Lagi

Kakimuvee

HBO Drama Series THE GILDED AGE Debuts January 25 Exclusively on HBO GO And HBO

Kakimuvee