
MGM telah melancarkan trailer terakhir untuk filem James Bond arahan Cary Joji Fukunaga, No Time to Die, menampilkan Daniel Craig yang akan memainkan peranan agen ikonik 007 buat kali terakhir. Trailer versi U.S. dan antarabangsa itu memberikan lebih banyak rakaman aksi yang menarik kepada penonton, serta menyoroti adegan-adegan yang melibatkan penjahat utama Safin lakonan Rami Malek dan legasi Bond Daniel Craig.
No Time to Die akan dilancarkan di pawagam seluruh dunia pada 8 Oktober ini. Anda boleh tonton trailer tersebut dibawah.
Double trailer for a Double-00. Here's the final US trailer for #NoTimeToDie pic.twitter.com/RT0bwiiREq
— James Bond (@007) August 31, 2021
The wait is over. The final international trailer for #NoTimeToDie. In cinemas from September 30. pic.twitter.com/ld26viOcD6
— James Bond (@007) August 31, 2021
No Time to Die menyaksikan James Bond menjalani kehidupan yang tenteram di Jamaica selepas bersara dari dunia pengintipan. Tetapi apabila rakan lamanya Felix Leiter dari CIA kembali untuk meminta pertolongan, dia terlibat dalam misi untuk menyelamatkan seorang saintis yang diculik, sekaligus membawa dia menjejaki seorang penjenayah misteri yang memiliki teknologi baharu yang sangat merbahaya.
Cary Joji Fukunaga (True Detective) mengarahkan No Time to Die dari skrip yang ditulis oleh Neal Purvis & Robert Wade, Scott Z. Burns bersama Fukunaga dan Phoebe Waller-Bridge (Fleabag, Killing Eve).