Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Tonton Trailer Terakhir Mile 22


STXfilms telah melancarkan trailer terakhir Mile 22, anda boleh tonton trailer filem aksi berkenaan dipemain video dibawah.

Seorang pemberi maklumat Indonesia mempunyai maklumat sensitif. Apabila identitinya bocor, dia melarikan diri dengan bantuan seorang operatif CIA elit yang ditugaskan untuk menyeludup pemberi maklumat itu keluar dari bandar ke lapangan terbang yang 22 batu jauhnya, di mana sebuah pesawat sudah menunggu mereka. Ketika dalam perjalanan mereka perlu berdepan dengan polis korup, raja penjenayah, dan penduduk tempatan bersenjata yang mahu membunuh mereka sebelum mereka sempat sampai ke pesawat itu.

Mile 22 diarahkan oleh pengarah filem Lone Survivor dan Patriots Day, Peter Berg. Selain Wahlberg, filem ini turut dibintangi John Malkovich, Lauren Cohan, Iko Uwais dan Ronda Rousey.

Filem ini adalah filem keempat kolaborasi diantara Mark Wahlberg dan Peter Berg. Lea Carpenter merupakan penulis filem ini manakala Peter Berg, Stephen Levinson dan Mark Wahlberg menjadi penerbit filem ini

Mile 22 bakal ditayangkan pada 17 Ogos 2018. Tayangan Malaysia pada 23 Ogos ini edaran GSC Movies



Related posts

Lionsgate Dedah Trailer Terbaru The Ballad of Songbirds & Snake

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee

Justin Timberlake Kembali Dengan Kumpulannya Dalam Trailer Trolls Band Together

Kakimuvee

Video Teaser Saw X Usik Kengerian Filem Terbaru Melalui Permainan Papan

Kakimuvee

[VIDEO] Teaser Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terbaru DC

Kakimuvee

Zachary Levi Menggantikan Tempat Mel Gibson Dalam Chicken Run: Dawn of the Nugget, Tonton Trailer Pertama Disini

Kakimuvee