Tonton Trailer Siri Televisyen Pennyworth

73
views

Epix telah melancarkan trailer terbaru siri televisyen Pennyworth, yang juga merupakan prekuel siri Batman yang bakal dihasilkan laman streaming itu. Anda boleh tonton trailer tersebut di pemain video dibawah.

Siri televisyen tersebut akan berkisarkan mengenai bekas tentera SAS British, Alfred Pennyworth membentuk satu syarikat security dan bekerja dengan ayah Bruce Wayne iaitu billionaire Thomas Wayne, pada tahun 1960-an di London.

Pennyworth dibintangi bekas pelakon The Imitation Game, Jack Bannon sebagai Alfred Pennyworth, manakala Ben Aldridge akan membawakan watak Thomas Wyane. Siri ini juga turut dibintangi Ryan Fletcher, Hainsley Lloyd Bennett, Paloma Faith, Jason Flemyng dan Polly Parker.

Siri televisyen 10 episod ini akan mula bersiaran di laman streaming Epix 28 Julai ini.