Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

Tonton Trailer ‘Red-Band’ Terbaru “The King’s Man”

20th Century Studios telah melancarkan trailer red band terbaru untuk filem arahan Matthew Vaughn, The King’s Man, lakonan Ralph Fiennes dan Gemma Arterton. Filem ini telah tertanggu beberapa kali, dan kini pihak studios menetapkan tarikh tayangan baru iaitu pada 22 Disember 2021. 

Trailer ‘red band’ The King’s Man, yang anda boleh lihat di bawah bersama poster terbaru, menampilkan beberapa rakaman tersebut yang terus menjanjikan adegan-adegan aksi yang menarik.

The King’s Man adalah ansuran terbaru dari siri filem blockbuster pengintipan Kingsman arahan Matthew Vaughn, berdasarkan dari buku komik “The Secret Service” karya Mark Millar dan Dave Gibbons. Filem terbaru ini dibintangi Ralph Fiennes, Gemma Arterton, Rhys Ifans, Matthew Goode, Tom Hollander, Harris Dickinson, Daniel Brühl, Djimon Hounsou, dan Charles Dance.

Filem akan datang berkisarkan tentang sekumpulan penjahat dan ketua penjenayah yang bertemu untuk merancang perang dunia dan menghapuskan berjuta-juta penduduk. Kini, seorang lelaki harus berlawan dengan masa untuk menghentikan rancangan jahat mereka. Sepanjang perjalanan, penonton akan melihat asal usul agensi perisikan bebas pertama dalam ‘The King’s Man.’

Filem prekuel ini diarahkan oleh Matthew Vaughn dari lakon layar yanng ditulis olehnya bersama Karl Gajdusek. Vaughn turut menjadi penerbit bersama-sama David Reid dan Adam Bohling.

Related posts

Denzel Washington Sahkan Projek Seterusnya Adalah “The Equalizer 3”

Kakimuvee

Andrew Garfield Berbohong Pada Emma Stone Tentang Kepulangannya Sebagai Spider-Man

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Debut Treler Baharu Untuk Siri Marvel Studios “Moon Knight”

Kakimuvee

Netflix Umum Tajuk Adaptasi Korea Money Heist, Tonton Teaser Pertama Disini

Kakimuvee

Nick Creegan Mengambil Inspirasi Dari Jared Leto Untuk Lakonkan Watak Joker

Kakimuvee

Leslie Grace Kongsi Gambar Pertama Barbara Gordon Dengan Sut Penuh Batgirl

Kakimuvee

Leave a Comment