Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Slot Asia

Tonton Trailer Rasmi “Kingdom: Ashin of the North” – Sebuah Episod Khas Dari Netflix

Menjelajah ke hutan yang luas, tanah terlarang di mana terdapatnya tumbuhan-tumbuhan aneh. Netflix membongkar trailer Kingdom: Ashin of the North, membawa kita kembali ke permulaan tragedi besar yang menimpa Joseon dan kisah Ashin, dan asal-usul tanaman kebangkitan.

Tragedi itu bermula di wilayah terpencil utara Pyesa-gun, sebuah kawasan yang telah dilarang selama 100 tahun di mana mayat tiba-tiba ditemui.

Kita akan bertemu dengan Ashin, yang masih muda, yang kehilangan segalanya dalam sekelip mata ketika kampungnya diserang dengan dahsyat. Didorong oleh kehilangan dan dendam di fikirannya, Ashin menjadikan misinya untuk “membunuh setiap makhluk hidup”. Jangkaan itu semakin meningkat ketika kita mengungkap malapetaka yang mengepung Joseon.

Dibintangi oleh Gianna Jun, Kim Sia, dan Park Byung-eun, Kingdom: Ashin of the North akan dilancarkan pada 23 Julai 2021, hanya di Netflix.

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Cha Tae Hyun, Krystal, & Jinyoung Bersedia Untuk Mengambil Kes Dalam Poster Terbaru “Police University”

Zulaikha

“The Devil Judge” No. 1 Dalam Slot Waktunya

Zulaikha

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

“Hometown Cha-Cha-Cha” Akan Ditayangkan Di Netflix 28 Ogos Ini

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Leave a Comment